Thursday, June 4, 2009

Today's Menu 2


Cupcakes :')

Okay gambar di atas hanya hiasan semata-mata. Hari ini mood saya masih dalam masak-memasak lagi. Serius nak ambil kelas memasak tahun depan depan. Nanti mesti macam siang malam pagi petang masak aje kerja sampai tak sempat nak update blog. HAHAHA gelabah. Hey kawan-kawan jom turut serta bersama saya dalam kelas memasak. Jangan lepaskan peluang. lebih-lebih lagi kepada siapa yang nak jadi surirumah. Okay okay ni bukan tempat promote kelas apa semua.

Hari ini saya merancang untuk buat cupcakes. Tapi, pewarna tak ada kat rumah. So ikut baba pergi jusco beli. Balik petang, tapi semangat masih berkobar-kobar lagi. Semangat-semangat pun penat jugak. Hm sepatutnya cupcake tu macam kat atas. TETAPI, ia bertukar jadi begini.

Dah la berlobang-lobang, lepas tu jadi kembang macam Bhot pula -_-''

Icing untuk cupcake. Pink nampak menarik kan? Tapi, percayalah awak akan menyesal bila rasanya.

'Cupcake' yang kembang bertukar menjadi wajah adikku. Dia yang buat dan dia iktiraf tu muka dia. Apa nak buat.

Lagi dua cupcakes harapan. Nak bagi Aisyah dan Atifah. Tapi tak jadi jugak T_T (woah saya suka lampu bawah tu)

So itulah dia. Dan icing-icing semua tadi adik-adik saya main. Rasa macam membazir tak? Kalau ya oh jangan risau sebab ni semua dikira belajar kan. So kalau belajar bukan membazir. Heh ayat pelik. Kesimpulannya, saya sangat kecewa. Saya rasa faktor utama dia sebab saya buat waktu petang. (Ada kaitan tak?) Okay tak kisah. Mari menangis bersama-sama saya :'(

7 comments:

Dena said...

relaxlah,kata BELAJAR.logik lah awal awal salah,lain kali buat lagi hebat.KAN? uhuhuh

~KhalilahAlhudaKamilen~ said...

nt patut tgk muka ana trgelak bila baca post nih.. hahaha
xbaik ooo ana.. ampun2

lain kali cuba lg eh,
thomas edison cool je salah beratus2 kali sblm dpt cipta mentol..
he'elle pe kaitan kan??
haha

rosbee said...

kakdena : yeah betul betul betul, semangat2. go go. hahaha

huda : hahaha gelak laa. tak kisah pun. hahaha eh ade la kaitan. sikit la hujung2. haha

wardah said...

orang putih orang melayu,
terima kasih thank you..

burung melalak burung nuri,
lepas gelak, i'm sori..

usap rimauha jumpa kutu,
ada usaha okla tu..

rosbee said...

wardah :
kita perempuan bersopan santun,
alahai tengok wardah ni nak pula berpantun-pantun.

orang tepi gila-gila(hahaha),
sorry-sorry naik lori la.

jiran sebelah suka melalak,
eh eh tersilap lah pulak.

kucing lapar cari ikan,
takpe takpe saya maafkan ;p

nurfatmah nabilah kamarulzaman said...

hahahaha.. adoi, sakit perut.. *lapar cupcake dan xtahan gelak!*
kak nabihah2.. :P sodap pantun

rosbee said...

fatmah; hahahahaha eh eh biasee, aicewah