Tuesday, May 5, 2009

O My Darling!

SAYA RINDU KORANG ! eh eh

p/s : sorry la merapu sikit sikit sikit (jadilah banyak). kalau dah tak ada kerja sangat, baru lah baca. tau? hehehe

siapa korang? (erk pelik la pulak berkorang2 ni) sebenarnya bukan orang pun. mereka adalah hewan. ataupun, hayawanaat. aa animal pun boleh jugak. hm mari kita pergi dengan lebih mendalam or spesifik. mereka adalah jeng jeng jengg KUCING meoww. prrr. hahaha

sebenarnya, tadi my dedi (eei mengada betul eja) bapak saya bukak lah laptop. menggodek-godek laptop tu, tengok la gambar semua. ha godek ni word yang sesuai untuk tengok2, cari2, korek haa pape lah. tak tahu la wujud ke tak. ehe paham-paham je la. pastu jumpa lah gambar zaman dulu kala. lepas tu, terjumpa lah gambar kucing kesayangan kami semua :'(

ini diaaa. sedih tak? sedih tak? cakapla sedih. walaupun saya tahu anda takkan sedih. tapi eh dah dah. ok sambung. hm nama dia Smoky. Smoky ni seekor kucing meow yang sangat comel dan baik dan manja dan gemuk dan dan dan dan maanyak lagi. haa memang tak tertulislah kat sini. kalau tulis sampai besok tak habis. ceh tipu. Smoky ni kucing yang paling rapat dengan kami. kalau dia boring, dia suka duduk macam manusia dan sandar kat dinding. paham tak macam mana? haa felik kan? ish ni bukan calang-calang kucing ni. kira kami bertuah la dapat kucing felik macam ni. hahaha lepastu bila dia duduk sandar kadang-kadang tertidur. alala comelnya. pastu pernah sekali dia hyperactive sangat sampai kejar saya dan naik sampai paras bahu. hhaa tengok. betapa mesranya kami. main kejar pun sama-sama. mesraaa. hahaha gelabah. pernah sekali tu, saya takut nak masuk bilik sorang2 sebab hujan lebat sangat-sangat plus guruh dan kilat. saya pun ajak dia teman. ngehngeh. pastu dia selalu tidur atas riba saya. macam baby. pastu, kitorang belikan tempat tidur dia. tapi dia tak tidur pun kat situ. dia lagi suka atas riba saya. eceehh. lama-kelamaan, kitorang macam tak layan dia sangat. entah nape, sibuk kot. cewah. kesian je. mandikan dia pun dah jarang. kalau dia meleset kat kitorang, kitorang buat tak kesah. satu hari, dia pun ran awaaay. huhuhu. tiap-tiap petang lepas balik sekolah kitorang round2 kawasan perumahan cari dia. tapi still tak jumpa :( saya pun anggap je la yang dia merajuk then lari. sampai sekarang takde. DAN, semalam baru saya tahu yang rupanya dia telah mati. Innalillah. wuuu. mama kata makngah jumpa dia muntah2 kat tepi jalan. pastu mati. camtu lah lebih kurang. dia ambil ubat nak bunuh diri kot. mungkin? wallahualam. hm, waaaaaaaaaaaa!

okay pastu rasa macam nak cerita pasal kucing yang lain jugak.

first, nama dia Mei Ling. ni cadangan bibik la. kami yang budak baru belajar pun setuju la. bila dah matang sikit, baru ku sedar namanya seperti cina. waduh waduh. hm takpe takpe. kucing ni biasa je kot. dia betina. ceh, tengok nama Mei Ling terang2 lah betina kan. dia pakai stokin. dia mati sebab kena langgar dengan jiran depan punya kereta yang sangat gabak. kesian. dan ditanam di depan rumah kami. dikafankan dengan baju abang. ngeh ngeh ngeh. *gambar dia tak ada sebab teknologi belum berkembang. ceh

second, nama dia Browny. dia kucing remaja. haha. sebab dia tak besar sangat, tak kecik sangat. ok ok laa kira. hobi dia tidur dalam pasu bunga. dia ni kan kesian sangat sebab pernah kitorang cari dia tak jumpa-jumpa. satu hari bila baba pergi kerja, rasa ada yang tak kena dengan enjin kereta. tengok2 dah sampai office, bukakla yang depan kereta. jumpa Browny! hm. balik tengok dia jalan, kaki dia macam terhenjut-henjut. besoknya, pergi jumpa doktor. pastu kena potong kaki sebelah. kesian dia :(

third, Fluffy. warna bulu dia putih. semua putih. bulu dia agak lebat la jugak. tapi dia tak segemuk Smoky. dia kucing kedua terapat dengan kitorang. dia ni kena hantar tempat lain sebab dia suka buang tuut betul2 depan pintu rumah. saya rasa sebab dia dah tua dan nyanyuk sikit-sikit. sebab tu lah. kesian sangaat. lama-lama mama dah fed up dan hantar dia ke mana entaah. sedih je.

ha banyak lagi sebenarnya. ada lagi satu dua tiga empat lima enam. dua besar, empat Fluffy punya anak. tapi, dua anak dia kena makan dengan anjing gong2 yang jahaaat. bad dog. jiran la yang bagi tahu. pastu petang tu saya dan adik pergi rumah jiran yang ada anjing tu dan marah-marah anjing tu. anjing tu blur je. adeh. lagi dua ekor, hilang tah ke mana.

hm tula, kisah my darlings yang tercinta. ha dan fyi, semua kucing-kucing ni, atas pemberian PakNgah yang ada banyak stok-stok kucing kat rumah dia. tapi sekarang dah tak ada dah kot. sebenarnya saya allergic kat kucing. tapi, kalau kucing tu saya bela, automatik tak allergic dah. hahaha tak tahu la macam mana tu.

(eh? saya sayang Fluffy dengan Smoky, tapi kenapa saya tulis Smoky je panjang? heh tak kesah la. janji saya sayang mereka! wee-hoo)

4 comments:

~KhalilahAlhudaKamilen~ said...

hahaha.. wah, comelnya nt ngn kucing2 nt..
(sejak bile huda mcam ni? HAHA)

*slamber giler gaya penulisan nt. wawawa.

*lain kali cite pasal kucing byk2, suruh ecah baca. bagi rasa kemesraan dn ksyokkan nt. HAHA

rosbee said...

huda : hahaha comel? agakla sebenarnye. ceh bluek. ha a yek, sejak bile huda pandai bercomel2 ni, lagi2 kalau dgn kucing. keh3. hah? slamber? oh tapi tak teruk kan? hehe. ana tules je ape yg ada dlm otak ana. huahuahua. eh kalau suruh ecah baca, mesti die macam eeiii. ana dpt agak ape reaksi die. eceh

Anonymous said...

org kate kan, kalau kucing tu nak mati, dia akan pergi jauh2..taktau la knp..die sedih kut kalau tuan die tgk saat2 kematian die..rase2, betul tak? bg sy btuuuulll sbb sy suuuuke kucing dan sy pernah rs kehilangannnn..waaaa

rosbee said...

anonymous : yeke? wawawa mungkin lah kot? saye pon taktau. sedihnyee. nak nangiis. hm ha ah laa. kalau kucing2 saya pon semuanye tak mati dpn saye. wuwuwu