Tuesday, June 16, 2009

Darii Dapur Hijauu

Hari ini kami kumpulan Budak Berehat di Pondok mengadakan satu aktiviti yang sangat best. Memandangkan kami ni perempuan, jadi aktiviti yang sangat berkaitan dengan kami tidak lain dan tidak bukan, memasak. Dapur kali ini bukan lagi bewarna biru, tetapi warna hijau ala-ala turquoise gitu. Sebelum saya cerita ceriti, saya nak buat sedikit review tentang masakan kali ini. Eh eh nak bereview-review pulak dah (adui terbelit-belit lidah nak sebut ni ha). Okay don't worry strawberry sebab review i satu saja, tak banyak pun. Hahaha gelabah nak panggil review. Cakap terus kan senang.

Quick Review (tak boleh nak lambat-lambat, alwaqtu kassaif) : Aktiviti masak-memasak kali ini tak ramai seperti yang dulu-dulu tu. Alaa kat rumah Sarah tu. Sebab ramai yang ada hal. Bercuti la, balik kampung la, itu la, ini la.

So, yang datang memerah keringat bagai nak rak (hahaha ada orang tu datang keringat tak terperah langsung, peliknya bahasa) : Guru Shikin, Nabihah, Farhanah, Aisyah, Wardah, Huda, Sae, dan Diyana.

Resepi Dari Dapur Hijau Ala-ala Turquoise :
1. Spaghetti Carbonara yang spaghetti dia tak boleh besar lagi ke oleh Cik Saidatul Syazana
2. Chocolate Fudge Brownies yang mula-mula tak bentat/bantat/mendap whatever tapi last-last menjadi jugak oleh Cik Wardah tuan punya rumah
3. Kuih Cara yang santannya diblend bersama dough yang dah siap oleh Cik Khalilah Alhuda
4. Bandung Shikin Soda oleh okay nama dah terang-terang kat situ
5. Keliwon Shikin Soda oleh okay nama dah terang-terang kat situ (nak jugak ulang)

Saya join masak ni lambat sikit sebab ada hal tak dapat dielakkan. Eceh ceh. Hah banyak la sikit. Waktu datang tu dah nak siap dah Spaghetti Carbonara dan Bandung Shikin Soda dan hah senang kata semua pun nak siap? Tapi, tak apa sebab saya tolong buat icing untuk brownies tu. Hehehe nak jugak. Hm komen untuk makanan, uhm uhm good. Sedaaaap! Pelik nya bila tengok uhm. Aa kitorang makan dua round. Round first, 1 dan 4. Round second, 2, 3 dan 5. Ekceli (ejaan nak kena sepuk) Keliwon dan Bandung sama saja rasanya. Yang lainnya, warna. Bandung of course lah warna pink. Keliwon pula warna hijau. Ya, kitorang tahu kitorang suka adventure. Haha adventure apa kebenda nya, just tukar pewarna saja, gelabah.

Petang tu kitorang main main main. Dan tangkap tangkap tangkap gambar, yes itu merupakan elemen yang paling penting supaya dapat disimpan sebagai kenangan yang paaling terindah dan tersemat di ingatan kalian kalian dan kalian semua. Alahaaai gelabahnya ayaat! Tak boleh gelabah lagi ke?

Kesimpulannya, Saya Cinta Memasak! Geli. Okay ada orang tu nak buat masak-masak ala-ala order kat restoran kan? Hah kami tungguu ;)
*Ahahaha kamu tahu enggak postnya yang ini ditulis hari Jumaat lepas, tapi baru dipublishin hari ini. Eheh

2 comments:

Dena said...

DIPUBLISHIN? hahahahahahahahha

rosbee said...

kakdena : ya iyaa kaak (gaya indon)