Friday, July 10, 2009

Sedih, Marah dan Takut ?

Sedih ; Sadly De Amour as what Aisyah said,
Rabbit saya tidak sihat hari ni. Oh kakak saya bebel banyak sangat, susah nak buat ayat. Er maafin ya kak! (gaya hendon) Oh yes, saya mesti update perkembangan bayi saya, HAHAHA sekali mereka langsung tidak mahu ngaku saya emak mereka (argh banyak betul suara-suara padu dan gosip hangit di belakang saya, menyebabkan saya telah tekan backspace berjuta kali, senyap ya kalian).

Okay, kembali kepada topik kita pada hari ni ya tuan-tuan dan puan-puan. Rabbit saya. Hm, menurut perhatian dan setelah berfikir secara rasional, rabbit saya sakit sebab dia makan semua benda. Eh eh itu melampau. Kalau dia makan semua pasti dia bertukar menjadi makhluk oh oh saya ingat macam dalam cerita apa entah kartun la tapi, rabbit besar tu.
Flashback flashback, ingat balik. Hha! Wallace and Gromit! Hahaha padahal Sarah yang bagi tahu. Konon je.

Okay kembali kembali. Erk. Yes, sebab itu. Manggis pun dia makan, sepantas kilat wo. Wowowowo. Petang-petang yang indah kitorang lepaskan dia dalam pagar kat taman belakang rumah. Apa lagi lah kan kalau dah lepas tu? Lompat-lompat cari makan lah. Tapi tak payah cari sebab macam merata makanan dia. Bila dah makan bukan-bukan (bukanlah bukan-bukan, tapi macam makan sukahati. Nanti kalau sakit, siapa yang susah? Sayaa jugak) Kesannya, dia tidak lagi aktif seperti biasa, makan pun sedikit naik-naik tak jadi bukit dan mengeluarkan cecair. Sebelum ni bulat-bulat aka chocolatechip. Jadi, aktifkanlah dirimu. Sekian saja laporan dari saya. Assalamualaikum.


Eh eh eh, belum habis lagi ya. Okay sambung cepat. Cepaaaaaaat! Cepat sikit. Macam dalam iklan gula-gula angin tu. Haha lawaknya -_-''

Marah
Anda pernah tak mengalami peristiwa sebegini ; Adik anda seorang kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 4-7 tahun, kecik-kecik kelate dan dia ni pantang nampak gula-gula ataupun coklat yang ada mainan, mesti mengada nak beli sampai nangis dan buat muka kucing arnab etc etc. Tadi, saya bersama konco-konco menuju ke Jaya Jusco untuk beli barang dapur. Hahaha gelabah je. Mama dan Baba ada kerja, so kami the girlz (erk) bersama sorang budak kenit, boy lah kan. Pergi beli barang dapur. Tahu tak, adik saya suka hati ambil gula-gula timbang tu sampai 11ringgit. Hha banyak tak banyak tu? Lepas tu nak Kinder Joy pulak. Setiap kali pergi JJ mesti nak Kinder Joy sebab ada mainan yang main tak sampai seminit dah rasa bosan ataupun rosak. Maaf ye Manager Syarikat Kinder. HAHA bahjet dia baca je blog ni. Heh. Hm kalau Kinder Bueno berbaloi lah sikit. Huahuahua. Lepastu saya suruh dia letak balik Kinder Joy. Atau gula-gula timbang. Salah satu la kan. Dia pun cool je lah. Lepas dah habis bayar semua, saya bagi Kak Ina duit untuk beli air. Kitorang yang lain ni pergi jalan cari barang lain. Bila nak balik, cuba teka apa dia beli? Teka lah cepat. Okay tak payah. Kinder Joy! (Eh bila letak tanda seru macam bahagia je bunyi, okay sila baca dengan nada geram) Saya pun mengeluarkan secret power saya, dan dia nangis. Uhuhu. Erk, budak-budak ni kena ajar sikit. Ceh macam bagus je. Padahal waktu kecik dua kali lima je. Hehehe

Takut ; Freaky Friday
Sambungan cerita atas. Then balik lah ke rumah kitorang syurga kitorang. Dalam kereta riang ria gelak ketawa. Hyperball. Okay bukak pagar. Kakak suruh saya turun nak adjust kereta. Saya sorang je lah yang turun. Okay tutup pagar. Kemudian, jeng jeng jeng jenggg. Kakak suruh saya masuk kereta cepat. Ada orang lelaki bermuka agak gatal-gatal chickenpox senyum sampai ke pipi yang boleh dikatakan tembam juga menolehkan kepalanya 90 darjah ke kanan. Ke arah rumah kitorang lah tu. Siap bertongkat dagu lagi tu fuyyo. Okay serious please. Takut weh, meremang bulu roma. Pusing kepala sikit-sikit nak tengok apa orang tu buat, cover cun punya. Okay ni tak boleh jadi. Dia masih memandang ke arah kitorang dengan gayanya tadi. Saya dah baca ayat kursi dalam hati. Takut je. Sengih sengih macam kerang busuk pula tu. Kalau wangi tak apa jugak. Kakak pun call Mama. Dah berapa minit orang tu pose macam tu, rupa-rupanya amoi depan rumah punya kawan. Kot? Fuh. Apa lagi, run for your lifeeee. Masuk rumah kunci ketat-ketat. Heh macam sebelum ni kunci longgar aje. Okay Alhamdulillah semua selamat sihat walafiat.

Dan sekarang saya nak menikmati donat epal besar saya ;)

7 comments:

afiQah said...

yela, mn xbebel.. kesian tau x.. tgk la muka die.. huhu die minum susu la.. tu yang jadi icing cokelat tu..

ha'ah patut marah..geram gile..

cuak.. hehe padahal x tgk pon mke die.. tp kakak dah ready, kalu ade geng2 die kakak terus masuk gear reverse and langgar sume.. hoho

Rosbee said...

kakak; eh eh bkn bebel pasal bibik balik indon ke? ha haa kantoiii, haha mengada gile. heh ntaah, cuak melebihi org yg tgk muke die oh. hesh hesh

Nurazah said...

kelahkah lah den~

afiQah said...

hehehe manaade..hahah xpyhlah nk btau sume orang... heheh mn ade cuak.. nabihah lagi cuak, lagi2 time kakak soh cpt2 msk keta..heheh

Rosbee said...

kakak; nak jugaaaak :P

Anonymous said...

trflash back bile suatu pagi, nabihah lari2 nk naek kete nk g tahfiz n gedebukk..cry n x g tahfiz tros..

Rosbee said...

cg; eh belum naik kete lagi lah. baru tergedik gedik lari pegi kat kete. hahaha ceh tp tu bkn point die en. point die ana malu dpn abg ana. hahaha