Monday, July 20, 2009

Big Suprise

YESTERDAY.

Pukul 10.15 pagi program berakhir. Letih yang teramat sangat. Baba kata nak ambil pukul 10.30. Kawan-kawan lain hilang sorang demi sorang. Felik lah jugak sebenarnya sebab selalu diorang akan tunggu kat pondok. Ni keluar surau terus balik. Dahla macam hilang begitu saja kereta semua tak nampak. So tinggallah saya bersama Ummu. Duduk di pondok menanti kedatangan Ibunda dan Ayahanda. Ceh ceh nak berdrama pulak kat sini. Takpayah takpayah. Pukul 11 Baba dan Mama pun sampai. Kena balik kampung. Saya cakap nak balik rumah sebab penat macam tak tidur sebulan. Eh eh melampau pula. Hm tapi mereka paksa, akur dan pasrah aje lah. Muka pun dah macam sepuluh sen dua puluh sen. Lepastu tak sampai Taman Melawati dah tidur hahaha. Bangun-bangun dah sampai kampung. Turun kereta sehelai sepinggang sampai handphone pun tinggal. Biarlah nak meletup pun. Asalkan dapat sambung tidur. Hahaha teruk betul. Nampak dari luar ; alaaah ada orang lah pulak. Masuk kat pintu ; haik perempuan ini seperti kukenal. Dahla senyum-senyum. Kak Aminah?! Waktu tu macam fikir sejak bila dia ada pertalian keluarga dengan opah atuk? HAHAHA biarlah. Lepastu nampak tudung Sae dari belakang tengah gelabah-gelabah nak masuk belakang langsir. Hah biarlah. Orang lain kot. Takkanlah ada satu je tudung tu dalam dunia. Okay terus je lah masuk bilik. Nak sambung projek. Hahaha tiba-tiba,

SUPRISEEE ! Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Nabihah, happy birthday to youuuu

Sumpah terharu weh. Terasa diriku ini begitu special. Thanks semua! Daripada tak ada mood terus menjelma mood bahagia. Dahla macam mamai-mamai lagi. Macam tak percaya je diorang semua kat kampung saya. Dahla kampung? Kalau kat rumah kurang lah sikit kan terkejut tu. Ni kat kampung. KAMPUNG weh. KAMPUNG! Okay stop. Ha itulah dia. Ramai betul yang datang ke KAMPUNG saya. Woah pandailah korang semua buat projek ni, tak dapat sikit clue pun. Bagus bagus (:

Thankyou so so much to :
  • Mama
  • Baba
  • Kakak
  • Opah
  • Atuk
  • Cikgu Shikin
  • Aisyah
  • Farhanah
  • Sae
  • Atifah
  • Anis
  • Nu'aimah
  • Huda
  • Kak Aminah
  • Kauthar
  • Zaid
  • Kak Ina
Anda semua telah menceriakan hari saya ;) Well done and thankyou!

Tiba-tiba macam terflashback, Ohhh!
Patutlah Far tak habis-habis sms dengan Cikgu sepanjang kursus.
Patutlah Far selalu bisik-bisik dengan Aisyah.
Patutlah Far kata kena tunggu kat Jimat.
Patutlah korang semua tukar tudung cantik-cantik.
Patutlah korang semua bukan main lagi cepat je balik eh.
Patutlah korang semua tak pergi meeting. Haiyot.
Patutlah Mama dan Baba senyum-senyum padahal orang tengah penat sangat.
Patutlah patutlah patutlah oi senyaplah.

Makanan semua pun dah terhidang atas meja. Penuh. Ada kek chocolate indulgance duren lagi tu. Special limited edition. Lepas dah makan, kutip buah. Diorang lah semangat kutip sampai panjat-panjat pokok, tudung macam dah jadi sarang semutla, lepastu ada sorang ni daun kering penuh melekat kat seluar. Sampai pergi sungai pun terbawak-bawak. Hahaha. Saya duduk tengok-tengok je. Hahaha pemalas. Lepas kutip buah diorang nak mandi sungai. Ceh diorang. Padahal?

Okay kutip-kutip buah dapatlah sorang satu beg plastik. Ada rambutan, manggis, langsat, durian, pulasan. Macam-macam adaa i tell you. Ada lagi buah lain tapi tak sempat kutip lah pulak, nanti melepas pulak nak mandi sungai kan kawan-kawan.

Perhentian pertama, Sg Gabai. Mula-mula masuk lorong okay lagi, sekali dah sampai dalam mak aih banyak gila orang. Dahla kena bayar duit parking sorang seringgit. Hesh tak bagus betul. Lepastu dahla kena panjat tangga sampai atas-atas macam kalah latihan xpdc. Penat sangat sangat. Sampai ada yang tergetar-getar kaki. Bila dah sampai atas, hambik macam party kat atas sana. Hesh apa nak jadi lah dengan manusia-manusia zaman sekarang ni. Loya je tengok, then turunnn balik. Sabar jelah.

Perhentian kedua, sungai dekat dengan rumah atuk. Erk bosannya sungai ni. Air slowmotion je. Kulit durian pun ada.

Perhentian ketiga, sungai depan surau. Hahahaha korang berdosa gelakkan ana T_T

Perhentian keempat, Sungai Congkak. Hah ni okay lah sikit. And kitorang semua pun mengqada'kan mandi bagi siapa yang pergi kursus pagi tu. Hahaha

Dah puas mandi, balik rumah atuk. Solat mandi dan makan. Kitorang semua balik rumah masing-masing lepas maghrib.
Akhir kata, PENAT GILA !

Eh eh tak, akhir kata, terima kasih banyak-banyak kepada mereka mereka dan mereka yang terlibat. Birthday tahun ni memang best. Okay bukan best sahaja, tapi double triple BEST. Saaaayang anda semua ;)

13 comments:

Khalilah Alhuda said...

jap ,
terflash back balik,
macm mane la kalu kita mandi kat sg depan masjid 2?? hahaha..

afiQah said...

hahahaha tak terbayang..ceh, kakak yang jawab..

weh2, best eh? ingt xbest..cm xde perasaan je.. hehehe..

Rosbee said...

huda; berdoseeeeeeeeee! tak baik. aa ana kan sebenanye kat sg soleh tu ana mcm dah malas dah. penat. tu yg ana suruh je mndi situ. hahahaha

kakak; hah? takde perasaan?

Khalilah Alhuda said...

haha, dah ada nama sg soleh pulak..haha..

yeah! kak.afiqah samela..
die macam xde perasaan..
rupanya best jugak eh??
ceh, saje je..

Rosbee said...

huda; tak baik ckp ana takde perasaan. tak payah pizzaaaa. ceh ugut pulak en

afiQah said...

okey2.. bee ade perasaan.. nk subway!! yay!! =)

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hehe..x bleh blah klu kite mandi kat sg soleh uh..da la depan surau..pastu kite jerit2 kt situ..huihh x boleh imagine..tp cg tgk muke bhot tym uh cam penat.. haha..sian..pikah.. adek nt da ade prasaan..keep memory nih leklok no...pas ni anak2 nt yg wat suprise tuk nt plak..tym uh suro anak2 nt ajak cg jdi penasehat program suprise..haha

Rosbee said...

hha ingat kan cg tak sedar muke ana ni dah penat tahap petala langit ke 7 (huda suke ckp bende ni). ok ana pun nak suruh anak ana wat suprise utk ana pastu suruh cg jd pengarah. ceh apa kaitan sebok je

Anonymous said...

sori kalo cg menyebuk..

Rosbee said...

mksd ana, ana yg menyebok. kan cg tgh ckp ngan kakak ana

Anonymous said...

cgu ckp ngn nt laaaaa.ousssshhhhh

Rosbee said...

oooooooooooooooooooooooooooo! hahaha baru paham. lampi. kesian