Sunday, April 12, 2009

miss you, friend

10 April 2009
petang tu kami form 4 ada program sembelihan. first time. best! setiap orang wajib sembelih seekor burung puyuh. mula-mula takut, tapi bila dah cuba sekali, macam nak buat lagi. ahaha. ingatkan susah, rupanya senang je sbb leher dia kecik. lepas tu, cuci ayam burung semua and masaak. selesai kemas dan dah habis semua kerja, saya, far dan sae ikut aisyah ke rumah dia. pastu lepas maghrib barulah pergi rumah wardah sama-sama. malam tu, takde aktiviti sangat. ingat nak buat unggun api. tapi cuaca tak mengizinkan. kami pun buat kemah, pastu duduk main fasabili, truth or dare dan bergelak ketawa weehoo. macam camping biasa, hirasah mesti ada. satu jam tiga orang. hirasah kami diisi dengan makan dan tidur. ahaha biasa lah, lama dah tak camping. heheh

11 April 2009

morning walk. jauh kami jalan. dengan semua stok yang wangi-wangi belaka lagi. ahaha. pastu kami hantar fatin balik. nak masuk kawasan rumah dia. kami kena isi nama, ic dan tandatangan. apha punya pakcik guard lah. haish. lepas tu bila kami main dekat playground, pakcik guard tu datang. kami pun apa lagi, cabutlah. then, kami balik masak breakfast.

tengahari tu kami main belon air. yeyeah. cuaca panas tak kesah je semua. asal dapat berseronok sudah :D setiap orang ada belon masing-masing and setiap kumpulan ada belon yang kena jaga. bila nak lawan semua takut nak serang. ahaha gelabah je. perang belon air je pun. eheh. pukul 3 kami pun memulakan operasi masak gulai sardin atas cadangan nur diyana. petang tu kami main pictionary. first time main. semua jakun dan kecoh. lagi-lagi syaza ngan didi. semangat sangat sampai tak bagitahu tajuk. terus-terus je lukis. haha yang ni kelakar. tajuk dia part of the body. pastu diorang lukis. semua senyap. then serentak semua 15-15 (kot), jerit HEART ! sambil tunjuk kat diorang. hahaha. dan macam-macam lagi lah.

malam tu ada bbq. sangat sedaap. kemudian makan kek pulak. wardah ambil icing kek tu yang gila banyak dan nak calit kat muka kitorang. at first dia nak calit kat sorang je. okay yang lain baik lari. lari lari lari fuuh selamat. malam tu main pictionary lagi disebabkan petang tu kitorang rasa tak puas. ada yang dah habis bateri zzz. malam tu wardah tetap nak buat malam seni juga walaupun semua orang rasa dah nak tumbang. wardah bagi speech. dia duduk sambil pegang tongkat. ke kayu? okay apa-apa jelah. dia kata tu kata-kata dia yang terakhir. kitorang semua terdiam. yang ngantuk terus fresh. semua nangis. tapi cuba tahan. wardah kata jangan nangis. hm dia dapat offer smk sbu kat cheras. dia dah buat istikharah dan isyaAllah tu lah yang terbaik untuk dia. dia nyanyi lagu unic yang 'ketika mula bertemu terasa bagai telah lama bersua na na na' waktu dia nyanyi tu lagi la berdouble-double nak nangis. tapi tahaan jugak.

okay then tidur. pagi tu hirasah tak ngantuk sangat sbb ada tugas yang perlu kami buat.

12 April 2009
sudah masuk ketiga, hari terakhir. pagi tu kami breakfast dan buat aerobik beramai-ramai. ingat nak morning walk. tapi dah terlambat. hm semuanya berlalu dengan begitu cepat. pukul 1030 kakak saya sampai dan balik.

wardah, apa-apa pun, kita tetap kawan sampai bila-bila. jangan lost contact okay? ana doakan yang terbaik untuk nt dekat sekolah baru nanti. eh ingat, bawak phonebook pergi sana. kalau ada masa, call-call la ye :) love you soooo much and take care.


next time buat lagi dekat rumah orang lain pulak ye. heheh


1 comment:

Anonymous said...

yamii strawberry with cream