Good morning & er hi, hello! :D
Ok mana nak mula ni. Hm. Apa yang korang buat time cuti ni? Haha soalan. Budak ni serius kehausan idea tapi gatal nak update jugak. Ok biarlah biarlah ;p
1. Godek buku resepi mana mana tak pun bukak internet dan search makanan yang tak pernah dibuat kan, lepas tu pergi shopping barang barang dan start masak! Wah kalau lah ada driver, dan heh yang pastinya ada mood rajin lah kan, so boleh la. CEH ALASAN. Ok saya rasa yang ni sangat bagus untuk perempuan-perempuan yang bakal ambil SPM tahun depan. Heh?
2. Bangun pagi terus lari pergi buka internet. First thing, check SPS. Bukan setakat pagi, tengahari petang malam semua nak check SPS, mana tahu cikgu dah masukkan kan. Senyum sampai ke telinga atauu hentak hentak kaki sebab tak puas hati? Lepas tu tak lupa eh wajib tu buka kawan punya pula. Kira kira peratus. Ok yes yes or no no (?) Ok dah siapa suruh buat tak betul, markah pun jadi tak betul. Apa-apa pun, 5 Disember, hari yang sangat dinantikan -__-''
3. Lepas solat subuh tidur balik sampai tengahari bangun terus makan tengahari. Ini dahsyat. Lepas makan rasa ngantuk ngantuk lagi. Mana taknya tidur berzaman. Lepas tu tengok tv sambil baring atas sofa lepas tu tidur. Oh great, cuti yang panjang dihabiskan dengan tidur makan. Berat badan pun naik lah jawabnya.
4. Hadirkan diri ke kelas kelas? Tahfiz ;) Kelas memandu? Nak! Walaupun saya tahu yang saya tak berminat nak bawak kereta.Yang saya minat lain, hehehehhehehehehe. Eh tapi untuk kebaikan bersama, kami sekeluarga. Tak payahla orang lain susah nak ambik hantar dari sekolah kan. Siapa lahir awal awal tu ambiklah cepat. Kan bagus kan kan kan. Kelas yang lain lain? Nak jugak tapi harapan jelah eh. Kelas tambahan? ok no comment :I
5. Belajar. Untuk tahun depan, buat revision? Alhamdulillah sejuk hati mak. Yang ni paaaaling bagus tapi paaaaling SENANG. Tapi, berbaloi-baloi. Tapi, huah! banyak pula tapi nya.
*eh pendek pula tang belajar yang atas ni eheh
6. Habiskan duit. Yelah, duit tak tahu dah sumbat mana banyak sangat, apa lagi guna lah. Eh apa benda awak cakap ni? eh tak, saya tahu ada yang cari duit. Ok bagus.
7. Family vacation? Yang ini paling best ok. Ok dah, saya tak sabar :D
No comments:
Post a Comment