Monday, December 14, 2009

Banyak ronok & banyak rindu ;)

*Khususnya untuk Aisyah & Farhanah, kena baca semua dan umumnya untuk semua, terpulang :)

Kami baru saja balik dari Program Wafdul Amin. Semalam. Wafdul Amin tahun ni diadakan di Kg Tasek Gelugo', Pulau Pinang. Serius best sangat sangat. Dan, rindu :'(


Tag jangan tinggal.

Rumah tradisional Tok dan Viva Forever Kak Cha'q, langsir pink bilik kami <3

Ruang tamu cute cute cutie

Hari Pertama (8 Disember) ;
Nabihah, Aisyah dan Farhanah. Kami bertiga duduk serumah. Kami panggil mak angkat kami 'Tok'. Tok tinggal dengan anak dia, Kak Cha'q 25 tahun. Itu sahaja. Kami tak ada ayah angkat. Kat rumah tu tak ada lelaki pun, senang. Kadang-kadang cucu-cucu Tok datang rumah. Rumah kami dekat saja dengan dewan. Dapat jugak kami merasa tinggal dalam rumah kayu. Bilik kami kat tingkat atas. Rumah Tok sangat best :D Ada astro, washing machine, iron, apa lagi ha semua pun ada lah. Internet pun ada, tapi kami tak on lah. Kami suka bilik kami. Ada tiga cermin, boleh cop sorang satu. Heh heh. Lagi, ruang tamu rumah kami paling comel. Semua pun lengkap lah. Belakang rumah kami ada ladang getah. Tok menoreh getah. Sebelah rumah kami pula ada warung makan dan depan rumah kami ada kedai makan. Ok cukup setakat itu pengenalan tentang rumah kami. (Eh kenapa macam ayat sangat pelik?) Okay biar biar.

Malam tu kami jalan ke rumah Tok punya kakak untuk makan malam. Ada mee bandung. Kami pun suka hati makan banyak-banyak. Lepas dah habis makan mee, Mak Lang kata ''Lepas ni kita makan nasi pulak naa.'' Semua macam hah? baru hari first. Huish. Banyak kot makan. Lepas tu makan kek pulak sebab sambut birthday Mak Ngah. Mak Lang pun ambik anak angkat, Huwaida Sakinah & Alia. Kiranya kami ni sedara lah. Kan. Lepas tu kami pi singgah kedai topup jap, tengok kawan Kak Cha'q buat hantaran then balik, tidur. Terima kasih Tok bagi kami kelambu bayi pink yang gedabak punya sebab Tok tahu kami ni tak tahan nyamuk hehehe


Hari Kedua (9 Disember) ;
Kami ada aktiviti gotong-royong, bersihkan kawasan masjid, kubur, dan dewan. Lepas tu ada masak-masak, kami tolong lah sikit-sikit, kacau apa yang patut. Tengok Far goreng ikan masin, lepas tu minyak mercik kat tangan, sedap! Hehh Far kata tak mati pun. Yelah yelaah. Lepas dah makan, ingat nak balik rumah tidur eh rehat tapi Mak Lang ajak pergi Hutan Lipur Sg Sedim, ada jambatan yang besi tu tapi nak bayar masuk mahal, lagi pun petang ada program so kena rush. Petang tu pula, ada program melawat aktiviti orang kampung. Pergi lah sana sini, sawah padi, tempat buat kuih bakar yang sangat sedaaap! dan tengok kawan-kawan yang serius wangi kot? Masuk tempat tu berapa saat je. Tak tahan. Hush. Macam-macam lagi lah.

Hehhhhhhhhhhh MEMANG BEST.

Hari Ketiga (10 Disember) ;
Hari ni aktiviti paling sikit. Pukul 5 petang baru start perlawanan persahabatan. So pagi tu kami masak nasi goreng yang sangat sedap. Aicewah. Lepas tu pergi rumah Mirer, Ikoi & Fatimah. Yang ada tempat kuih bakar yang lembut tu. Heh heh ;D Aisyah ada buat kelas memandu motor tak berbayar dan tak berlesen (?) Kawan sendiri pun tak ajar ajar lagi. Ceh padahal? Sendiri tak mahu. Ok dan malam tu ada bacaan Yasin kat masjid, Aisyah drive (Ok saya sangat suka dua orang kawan serumah boleh bawak kereta dan motor :) Tapi dua-dua pun saya tak boleh T_T) Dan malam tu jugak Kak Cha'q bawak kitorang jalan jalan, best best best! ;D


Hari Keempat (11 Disember) ;
Hari ni kami ke USM, ada program motivasi. Heh KRJ rupanya. Okay. Lepas tu kami jalan ke muzium. Best lah jugak. Yang paling best sekali bila tengok Aisyah lupa nak cabut tengkolok lepas main lawan-lawan dengan Far. Buat harta nampak. Dahla dah jauh sikit jalan. Nasib baik Sarah perasan. Ala Sarah ni kacau line betul :p Hahaha dia pun macam, ''Ntttt! Patutlah ana macam pelik kenapa budak budak tu pandang pandang.'' Takde maknanya budak tu nak pandang saja-saja. HAHAHAHAHAHA lawak tak boleh belah. Lepas tu time makan dia cakap dia rasa macam tengkolok tu ada lagi. Hahaha okay Aisyah jangan cakap dah. Sengal betul.

Balik tu ada pemeriksaan kesihatan, check BMI & blood pressure. Sweet! Gemuk memang tak payah cakap la. Mana taknya, perut ni langsung tak pernah lapar sejak duduk Tasek Gelugo' ni. Huahuahua okay biar biar, saya tahu ramai pun yang dah naik, tak payah sorok. Hehehe. Petang tu ada masak masak sikit, tapi banat boleh balik rumah. Lelaki je yang buat. Malam, ada forum kat masjid. Ngantuk lah jugak mula-mula tapi sampai kat Ustaz yang second tu best. Ahaha okay. Habis tu, pergi dewan nak ready kan barang untuk besok, then balik tiduuuur! Nikmat.


Hari Kelima (12 Disember) ;
Pagi ada sukaneka, penatnya boleh la tahan. Best jugak. Tapi sambutan er boleh la. Malam tu ada Beauty Ladies. Kami bertiga semangat dah design costume, tapi nak masuk tak sempat sebab kena rush sana sini. So kami tengok je lah orang lain buat. Nampak best. Dan menarik. Jadi tukang bagi hadiah pun jadi lah. Hehhhhhh. Lepas tu ada BBQ, dah siap terhidang dah pun. Bagus betul :) Balik tu kami tidur pukul 3 pagi. Tingkap Viva Forever buat hal. Dah cuak dah. Ingat baru rosak. Rupanya Kak Chak kata memang macam tu pun, kena main main sikit dengan dia. Okay, nasib sebelah rumah ada kenduri. Pakcik-pakcik pun ada practice marhaban, so tak ada lah sunyi. Pukul 3 pun bising lagi. Phewh. Lepas tu siap siap kan hadiah untuk besok, kemas barang, intai orang sebelah masak lempeng, gosok-gosok baju, ikat riben hadiah untuk Tok & Kak Chak dan goodnight semua ;)


Hari Keenam (13 Disember) ;
Pejam celik pejam celik (malas pula nak celik celik sebab malam tadi tidur lambat) kami nak balik KL dah. Lepas ni mesti rindu. Rindu Tok, rindu Kak Cha'q, rindu bilik best, rindu motor, rindu Aisyah cakap loghat Penang tak menjadi kalau boleh semua perkataan nak tambah 'ain, rindu dengar haaa ayam goreeeeng!, rindu bau getah (?), rindu jalan kaki pergi dewan, rindu Viva Forever milik Kak Chak, rindu pakai kain batik, rindu rumah Tok, daaaan rindu pakcik-pakcik practice marhaban tiap-tiap malam? HEEHHHH. Senang cerita rindu semua :'(


Pukul 8 ada majlis penutup dan tengahari kami bertolak pulang. Paling kelakar bila Cikgu Hasnah kena tinggal. Bas dah jalan dah. Semua pun macam ''Pakciiiiiiiiiiiiiiiiiik!'' Hahaha yang senyap pun tiba-tiba jerit Pakcik sekali. Orang-orang kampung pulak, tunjuk-tunjuk Cikgu Hasnah. Ahahaha. Ok and pukul 10 sampai rumah. Tak aci, Aisyah dengan Far je bawak balik kuih kepit buatan Tok. Heesh.


Aaand that's all! Kami gembira. Sangat! ;D


Okay bye assalamualaikum :)

11 comments:

hanisah~ said...

itu gambar adik adn anak saudara sayaaaaaaaa! Hazim si bucuk
minah, tengkolok tu, haha sirius tak boleh blah, ptot ana senyap je sampai dekat luar pintu.

Norashikin Tajuddin said...

best2...

Rosbee said...

hanisah; yes yes. mereka sungguh comel! Hesh tahu takpe, sarah niiii. hahaha heh sampai situ pun dah malu, kalau kat pintu? hahaha lawaaak

far ak said...

adoyaii!!! aisyah serius lawak gile. sarah spoil mood btol. patot bia je..chewwah.klakaklaka.

Rosbee said...

far; SANGAAAT! aduuuuuush.hahaha ingat sejuta kali pun gelak lagi. cehh

Norashikin Tajuddin said...

bru best dpt umah cam tuh..rumah kayu..feel kampung uh mmg mantap..cewahhh..bhot pki kaen batek..perghhh..nt ikat dgn tali rafia x?..hehe

Rosbee said...

cgshikin; ha'ah tahutakpeee, best ouh. jalan pun tak boleh ganas ganas takut roboh. ahaha. tali rafia? dok ehhh, eh bukan ana sorang je. dorang pun pakai jugak. ohoho

atey said...

nabihaaaah. thanks bagi saya mencoba kamera kamu yang sungguh anggun. hehe.

gambar first buruk gile kan?
haha, maaf-maaf. saya budak baru belajar. slowly learning :D

Rosbee said...

athiraaaah. aha welcome. gambar buruk? yang mana tu? takpe, it's okay it's alright come on atey fight fight fight! Hahaha ;D

almuna said...

cikgu suka kelambu pink tu! ada jual kat kl tak gaknya?

Rosbee said...

cg alia; haha ana pun suka! comel je kan. kat kl? ahaha entahla cg, yg baby punya banyaklah ;)